Ahad, 2 Mac 2008

Budak Thai terlebih berat


BANGKOK: Thailand termasuk dalam antara negara paling tinggi mencatatkan bilangan kanak-kanak yang mengalami masalah lebihan berat badan berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Hampir lebih 100,000 kanak-kanak menghadapi masalah lebihan berat badan setiap tahun di negara ini,” kata Pengerusi Majlis Penasihat Sosial dan Ekonomi Kebangsaan, Gothom Arya.

Beliau berkata demikian pada satu persidangan antarabangsa mengenai pemasaran snek bagi kanak-kanak.

Gothom berkata, maklumat berkenaan adalah membabitkan kanak-kanak di Thailand yang berusia antara lima hingga 12 tahun sepanjang tahun 2004-2006. Beliau berkata masalah utama lebihan berat badan adalah disebabkan terlampau banyak pemakanan snek di kalangan mereka di mana pasaran snek di Thailand dianggarkan bernilai lebih Bt100 bilion (RM10 juta) tahun lalu.

“Masalah lebihan berat badan mendatangkan risiko kesihatan,” kata Gothom.

Sementara itu, Dr Wittaya Kulsomboon yang terbabit dalam perancangan untuk melindungi kesihatan pengguna mencadangkan kerajaan mengenakan cukai untuk menggalakkan pengurangan penggunaan makanan ringan serta minuman berkarbonat.

“Kebanyakan negara sudah mengenakan larangan terhadap iklan makanan ringan,” katanya.

- Agensi