Khamis, 20 Mac 2008

Lelaki jual telur manusia


SEOUL - Polis Korea Selatan menangkap seorang lelaki yang disyaki melakukan perniagaan haram telur manusia untuk pasangan mandul, kata seorang pegawai polis semalam.

Pegawai polis itu Kim Ku-hyun berkata, mangsa yang dikenali sebagai Kim itu menggunakan internet untuk mengatur urus niaga.

Ku-hyun berkata, suspek mengaku menerima AS$118,000 (RM374,989.) dengan melakukan kira-kira 50 pemindahan yang melibatkan para pembeli, ibu tumpang dan pasangan-pasangan mandul.

Pegawai polis juga memberitahu bahawa suspek telah ditahan pada 5 Mac lalu di Bandar Daejeon di Chungcheong Selatan dan jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun.

- AP